Rabu, 27 Ogos 2008

Eee.. x lama lagi Puasa...


Tarikh lihat anak bulan Ramadan 31 Ogos 2008

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan berpuasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ditetapkan pada petang Ahad, 31 Ogos ini bersamaan 29 Syaaban 1429 Hijrah.

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.

Tiada ulasan: