Fuh! Orang sabah memang berbakat, apa lagi di gabungkan dengan seorang gadis dari semenanjung yang juga seorang yang berbakat tinggi dalam persembahan nyanyian berkumpulan. Inilah yang dikatakan rezeki datang mencurah-curah.
Konsert akhir gangstars yang berlangsung di Stadium Melawati semalam memperlihatkan bahawa artis Malaysia juga mampu menyaingi artis-artis luar negara. One Nation Emcees, begitulah nama kumpulan yang bakal menempah kejayaan dalam arena seni rantau ini. Kemenangan tersebut membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai pertandingan nyanyian tempatan paling lumayan berjumlah AS$100,000 (RM330,000) dan peluang merakam album.
Kumpulan One Nation Emcees menewaskan empat lagi saingannya termasuk satu kumpulan yang juga dari Malaysia, Akasia, Paragon Child dan 3.5 dari Filipina serta D’Reborn dari Indonesia.
One Nation Emcees yang dianggotai oleh empat anak muda iaitu Shamimi Amalina Norhisham, Mohamed Fareezan Mohamed Murtaza, Mohd. Norzaidi Edris dan Nur Hasan Baias, turut memenangi RM10,000 kerana memperoleh undian tertinggi khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada para penonton sepanjang program GangStarz musim kedua berlangsung.
Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan.
One Nation Emcees menyanyi lagu berjudul Kuda Hitam, Madu dan Racun serta Don’t Phunk With My Heart dan berduet dengan Jeffrydin melalui lagu Mas Mona dan Kenanganku.
Kepada One Nation Emcees, tahniah di ucapkan kerana telah mengharumkan nama Malaysia di persada seni antarabangsa.
MALAYSIA BOLEH!!
MALAYSIA BOLEH!!
MALAYSIA BOLEH!!
ARAMAITI!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan